Wednesday, January 30, 2008

AFIFSYAHMI 4 BULAN






Umur 4 bulan. Berat 7kg.Kadang2 mama tak larat nak dukung dah. Isi padat. Minum pun kuat. Umur 4 bulan afif syahmi klu orang sembang dia pun nak tumpang sembang. Macam ler dah pandai cakap.Dia cakap lam bahasa dia ler...

AFIF SYAHMI 3 BULAN



















Masa umur 3 bulan:

Dah pandai meniarap masa umur 3 bulan setengah.

Pantang tengok kamera, dah pandai senyum...caya lah my dear

AFIF SYAHMI BERSAMA ANAK-ANAK ITIKNYA

Jumaat- 26 Disember...hari minggu. Mama tak tau nak wat per. Bosan gak dok umah jer. Ikut tu mama plan nak tanam pokok bunga. Yela..nanti masuk umah baru, trus leh buat taman kat depan umah. Tapi abah dah bepuluh kali, mama suruh beli pasu tapi memanjang lupa.Mama saja suka2 ajak abah gi jalan, shopping. Ingat nak bli something kat Afif Syahmi. Mama dah dapat claim (meeting kat Putrajaya). Abah cakap ok ler tapi pegi Econ Save dah ler sbb abah malas nak gi shopping complex tengah town. Katanya abah tiap2 ari dok main kat situ jer.Econ save pun jadi ler.Ni first time bawa Afif Syahmi gi shopping.Afif Syahmi ok jer...steady and cool. Round satu EconSave abah cakap..dah letih dukung afif syahmi. Nak bli keta sorong takda berkenan. Mama beli sepasang baju kat Afif Syahmi. Pegi kat ruang mainan, mama ingat nak bli bear tapi takde berkenan. Jumpa anak itik. Bila tunjuk kat afif syahmi dia senyum jer. Agaknya dia berkenan sangat ler tu. Balik jer...afif syahmi dok main jer ngan 3 anak itik dan seekor anak ibu itik.




AFIF SYAHMI KUAT MINUM SUSU







Sebenarnya tak susah menjaga afif syahmi. Kalau dia nangis tu..maknanya basah atau lapar susu. Bagi jer susu diam ler...Kalau lambat jer...semakin lama, makin kuat afif syahmi nangis..

BUDAK MONTEL




Masa ni lam 2-3 bulan. Tembamnyer....

AFIF SYAHMI DALAM BUAIAN

Tu dah kenyang ler tu!!
Crying time. Hehe!! Mama sempat mik gambar lagi. Tu nak susu ler tu...
Tembamnyer....

AFIF SYAHMI DAH PANDAI MAIN






Gaya-gaya masa Afif Syahmi masa bermain. Abah keja nak angkut mainanan jer. Masa lam pantang pun dah beli mainan.

AFIF SYAHMI DAH BOLEH MENIARAP

Okes..afif syahmi hero!!
Sampai meleleh air mata!!
Letih sangat dah!!

Masa 2 bulan afif syahmi dah dok cuba meniarap tapi asyik pusing-pusing jer badan. Akhirnya bila umur 3 bulan seminggu afif syahmi berjaya meniarap. Gambar ni masa first time boleh niarap. Meleleh air mata tuh. Rilek ler Afif Syahmi...usaha tangga kejayaan. Bila dah pandai niarap, pantang jer letak. Terus niarap. Dah steady ler katakan

AFIF SYAHMI 2 BULAN



















Dah pandai senyum...

Sunday, January 13, 2008

AFIF SYAHMI KENA RUAM






Kesian..masa ni dua bulan. Mula2 ruam naik sikit jer kat muka.Badan pun ada jugak. Mama ngan abah bawa gi klinik swasta. Diorang kasi ubat.2&3 hb mama first time tinggal afif syahmi sebab pegi meeting kat Putrajaya. Alahai hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya. Bila singgah kat Perhentian nengok budak2 kecik besar afif syahmi lagi ler sadis. Pas jer meeting petang tu juga balik ke Kedah. Abah tanya nak gi jalan2 lagi ke? Jawapan mama tepat dan cepat. Taknak nak balik cepat2 rindu kat afif syahmi. Sampai kat umah (dekat kui 1 pagi-4 hb Dis). Afif Syahmi dah tido. Muka afif syahmi dah teruk. Ruam dah merebak. Kesian si kecil ni!!! Esok nya mama ngan abah terus bawa gi Pakar Kanak-Kanak kat Sungai Petani. Afif Syahmi alergic. Kena RM85 termasuk ubat untuk abah ngan mama( katanya tak mau bagi jangkit). Takper RM85 pun. Janji afif syahmi hensem balik.Lagipun abah leh claim balik....

Wednesday, January 9, 2008

AFIF SYAHMI - MASA UMUR SEBULAN








Setelah berbincang ngan abah dan merujuk buku2 nama yang mama beli akhirnya bubuh nama Muhammad Afif Syahmi.Afif tu abah yang letak Syahmi tu mama letak.Sebab abah beriya2 nak kan nama anak dia ada S gak sebab dia pun mula dari huruf S.Shahrani.Nak juga tu!!Nama S tak banyak sangat sedap-sedap..mama buka buku trus berkenan ngan nama Syahmi sebab madsud diapun sedap.MUHAMMAD-YANG TERPUJI AFIF-YANG BERMARUAH SYAHMI-MULIA, BIJAK DAN BERANI...

Tuesday, January 8, 2008

MY NEW BOYFRIEND


28 September 2007 pulul 5.02 lahirle my hero. Alhamdulillah semuanya selamat. Mula-mula terkejut gak sebab masa pregnant memang sangka baby girl but bila nurse tunjuk tahu2 boy. Tapi girl atau boy, mama ngan abah tak kisah. Janji sihat dan sempurna. Masa pregnant actually mama tak pegi pun scan. Sebab abah asyik jer busy memanjang. Tambah2 bila musim buah (start bulan Mei-Abah keja FAMA).Sampailer ari mama sakit2 nak bersalin (27 September) abah still busy. Masa pregnant alhamdulillah takder ler teruk sangat alah. Cuma awal2 pregnant jer demam takleh bangun 4 ari gak cuti. Pas jer 3 bulan semua ok. Sampai 9 bulan pun mama still leh drive keta pegi balik sejam.
Walaupun mama takda ler teruk sangat bersalin tapi mama rasa tobat dah nak bersalin kat spital kerajaan. Ikut tu nak bersalin kat private. Sebab masa nak bersalin tu nurse tu potpet potpet sebab mama tak pandai teran.Masa tu dah takda tenaga dah..semalaman tak tido.Makan pun dah tak lalu. Tapi ramai cakap ok ler mama tak truk sangat sakit. Sampai spital dah 6cm.Trus masuk labour room.Masuk kul 4.00 lam labour room, kui 5.02 dah bersalin.Masa tu orang tengah dok sibuk nak sahur.Sejam jer lam labour room. Alhamdulilah semuanyer selamat....