Saturday, June 28, 2008

AFIF SYAHMI 8 BULAN

Kejab jer 28 Jun 2008 Afif Syahmi dah 9 bulan. Semasa 8 bulan afif syahmi:
  • dah angkat badan nak merangkak. Gayanya macam nak merangkak dah tapi setapak dua jer sebab dia lebih suka menyulur dada.
  • afif syahmi dah mencuba duduk. Ituler maybe dia nak skip merangkak kut.
  • semakin buas (aktif). Tak leh dok diam walau seminit. Ada jer benda nak dibuatnya.Bayangkan meja jepun dengan bangganya dia dah leh panjat.
  • dah tumbuh gigi dua batang.
  • klu abah bawa keta, diapun sibuk nak pegang stereng.
  • dah pandai melambaikan tangan bila org sebut bye-bye.
Meh kini tengok aksi-aksi dia sepanjang umur dia 8 bulan.

Seronok sgt ler tu..bila sayer cakap afif syahmi pandai

Gigi 2 batang...cukup susah nak tgk gigi dia..tak kasik

Dah leh angkat badan untuk merangkak..

Bersungguh2 tapi setapak dua jerk!Bih suka menjulur badan

Aksi di depan kamera

Afif Syahmi tahu nak tangkap gambar dia

Hobi baru...suker main pintu

Suker menyepah barang2

Nak tido..nampak sy pegang kamera trus celik

ABAH SAKIT KEPALA



Hari tu balik dari keja, lam pukul 6 bih afif syahmi dah tido. Maybe ngantuk sgt kut. Saya pun landing-landing atas katil then trus terlelap. Bila terjaga dah 7.40 malam. Adusss pening lalat saya. Saya terpikir isyyyhh malam ker dah pagi nih. Saya sebenarnya susah nak tertido ptg2 nih. Macam mana lak aritu leh tertido.Cari husband sy rupa2nya dia kat bilik sembahyang merangkap bilik bacaan kami. Terduduk laki aku. Apsal? Katanya dia pening...nampak gelap. Lor...ingat pehal. Dia suruh call mak sy datang. Kritikal dah kut. Abang sy datang, then mak sy. Punya ler picit seluruh kepala badan. Then gi cari klinik tapi semua dah tutup. Pukul 9.00 dah kan. Nak ke sungai petani..tapi husband sy taknak. MIL dan famili husband sy pun datang. Lama2 dia beransur pulih. Esoknya puas sy ambik cuti coz malam tu sy tido ndah lewat. Puas sy mengajak dia ke klinik tapi taknak. Keteqaq betui..Dah sembuh takmau mik ubat lak. Takut doktor @ takut ubat? Adusss...So pas aritu bila husband sy cakap..abah pening kepala ler..sy buat2 tengok kat lain...tgk dinding, tgk apa yg patut. Gerammmm...sakit tak nak mik ubat...

Saturday, June 21, 2008

Bila musim durian


Ha!ha!ha Saya memang suka benar ngan buah ni....dari zaman kecik2 lu lagik. Belakang umah ayah saya ada pokok durian. Ada ler dalam 4,5 pokok.So kami tak payah ler susah2 nak gi beli...Masa zaman muda2 lu...kecik2 ler sy suka nunggu buah durian gugur. Kebetulan tepi sungai. So sambil main2. Aduss nostalgia tuh. Bila banyak buah sipa buleh pilih lagi. Kalau buka yg ni nampak tak sedap, buka lagi yg lain. Saya suka yg isi durian tu satu-satu dia jer..
Masa zaman couple2 lu husband sy selalu bagi buah durian yang sedap dan sungguh lazat kat sy. Durian kampung yg isinyer kekuning-kuningan. Sedap tul. Bila dah kawin..last year tak menjadi pulak. Sy sempat makan 2,3 ulas jerk. Eh tau2 import ker apa tuh. Kena siasat nih!!Mana tau masa bercinta semua indah. Sorry mr shah sy gurau jerk.Tahun ni sy ingat durian ayah sy tak menjadi. Bila sy balik umah weekend pas mak cakap..ada ler lam 30 biji durian yg baru ditanam ler kiranya.Aduss tu brita gumbira tuh....Lam kuarga sy kebanyakan tak makan durian, sbb peningler. panas ler..tapi sy takper...Tu buah sy sukerr...........

Monday, June 16, 2008

RASA TENANGJER



Tenangkan bila nengok picture ni. Teringat zaman muda2 lu. Rasa sentimental pulak.Saya selalu tengok matahari terbenam kat kampung sy. Cantik!!! Masa tu pokok2 tinggi...lagi cantik. Tapi sekarang entahler..macam mana. Macam dolu-dolu jugak ker atau dah berubah. Yelahhh pokok2 tinggi dah takda...Kat tepi sungai belakang umah sy pun dah tak secantik dulu. Ni smua kerja syarikat pengorek pasir. Keindahan dah terhapus....Nanti weekend sy nak try snap pemandangan senja kat kampung sy. This weekend sy & anak sy perlu dihantar ke umah makayah sy. My laki gi T'ganu & Klantan...2 ari. Saya nak snap suasana keindahan kg sy yang mungkin tak macam dulu dah!!Aduss..ngaper jiwa aku tiba2 jadi sentimental. Nengok gambar ni dah buat aku tenang.........

Sunday, June 15, 2008

BILA MINYAK NAIK

No komen. Nak komen lebih-lebih pun tetap naik jugak kan. Tapi sakit atiler..Sekarang ni belanja untuk minyak lam seminggu naik antara RM10-15. Tu sib baik saya pakai keta viva 1000cc. Laki sy cakap wira dia mmg makan minyak lagi kuat. Aduii semua naik. Kesian kan kat orang2 kg. Saya ni mujur ler ada gaji tetap. Tapi tetap terasa. Untuk mencover balik apa yg naik maka langkah2 belanjawan terpaksa ler sy mik...berjimat cermat ler. Maka takleh ler sy spend benda2 merapu sgt. Beli pun apa yg patut jer...aduiss kena pk kan sesuatu untuk tambah income supaya sy dapat sentiasa beli baju baru untuk sy, afifsyahmi..dan penting sy leh sentiasa gi cuti-cuti malaysia. Ya-Allah murahkanlah rezekiku!!

Rutin Hidup Ku

Bila saya dah kembali tinggal berasingan maka rutin hidup saya pun berubah. Setiap hari jadual sy pack. Balik keja trus menguruskan hal ehwal rumah tangga dan melayan si kecil sy, afif syahmi.Kalau masa anak dara dulu sy rasa balik jer sy trus melepak depan tv then malamnya pukul 10 sy dah pun tido. Anehnya masa tu rasa penat sangat. Tapi sekarang walau penat sy masih mampu mengemas, memasak, membasuh dan buat keja2 lain. Dulu sy selalu tabik mak sy sbb bila dia balik jer dari mengajar macam2 dia buat. Waktu tu, saya penah terfikir tak penatkah mak sy. Baru kini sy tau. Rupa2 nya bila kita jadi ibu smua keletihan tu ilang kerana anak kita...
Ni rutin hidup saya seharian:

6.30 pagi - Sy dah bangun. Kdg2 terlajak pukul 6.45. Sebab husband sy slalu tak kejutkan sy. Dia dah bangun awal2 lagi...tapi slalu jawab kesian nak kejutkan.Maka sy pun dengan cepatnya bangun mandi, sembahyang dan seterika baju. Ni ler feel sy yg tidak sepatutnya. Sepatutnya iron siap2 malam tadi. Tapi feel ni sejak dulu tak buleh sy ubah. Nasib baik hubby sy kdg2 jer klu ada majlis jer pakai kemeja hari lain banyak pakai t-shirt uniform.Pastu sy bersiap2. Yang ni mungkin kelebihan sy kut. Sy buleh bersiap dgn pantasnya.

7.15 pagi - Dah bertolak ke umah mak sy untuk hantar Afif Syahmi. Jarak ke umah mak sy lam 5-6 km. Lam 5 minit naik keta.

7.30 pagi - Saya dah bertolak ke ofis saya. 30 minit. Kadang2 rasa dah buhsan memandu.So saya buka radio kuat2. Saya suka dgr lagu kuat2 lam keta tapi takda ler smpai pecah telinga, sesuai dengan tahap pendengaran dan tidak menganggu konsentrasi pada pemanduan.

8.00 pagi - Dah samapi ofis sy. Selalu sampai jer opis pas letak jer barang2 sy, trus sy mik penyapu, sapu2 sampah. Then sy hadap pc, check email, buka akhbar online dan buka blog sy atau blog2 kegemaran sy. Pastu sy start le buat keja, mana patut. Kalau ada student sy mengajar, kalau takda buat keja lain. Sampai ler 5 ptg. Saya stop untuk makan dan gi masjid sembahyang.

5.00 ptg - Sy trus balik. Takda lengah2 masa sebab sy dah rindu anak sy. Saya trus ke umah mak sy untuk ambil anak sy. Hubby sy akan letak ketanya kat umah mak saya then kami balik umah kami guna keta saya.

6.00 ptg - Baru sampai umah. Seblum tu kami singgah beli makanan malam atau singgah kat minimarket untuk beli barang2 keperluan. Sampai kat umah kami makan. Then bermula ler tugas sy sebagai surirumah. Sy mengemas, membasuh, memasak, mandikan afif syahmi dan buat ler keja2 lain.

9.00 malam - Baru ada time nak rilek sikit sambil tgk tv sambil melayan afif syahmi.

11.00 malam - Tido. Seblum tu sy akan prepare air panas lam termos dan air masak untuk buatkan susu klu Afif Syahmi terjaga dan siapkan beg afif syahmi. Laptop sy, handbeg & beg afif syahmi sy dah letak siaa2 kat ruang tamu. Esok nak kuar trus jer amik.


Wednesday, June 11, 2008

AHMAD ALBAB vs AFIF SYAHMI

Anak saya dua tiga harini kegemaran baru dia...dia suka benar main pintu. Aduss tak baik untuk keselamatan tuh.Very dangerous taw. Kebetulan bilik utama kami depan living room so makin senang ler dia mendekati pintu tu. Dia pulak sy selalu tempatkan kat living room. Kalau nampak jer pintu tu terbuka cepat2 dia terjah. Pendekkata mmg macam menarik sgt kat belakang pintu tuh.Bila ambik mulaler dia meronta2. Owhh dah pandai yer sekarang meronta-ronta.Untuk langkah keselamatan maka pintu tu terpaksa ditutup 24 jam..
Perasan tak tahi lalat kat bibir atas? Mulut banyak ker nanti?
Kena pujuk sbb nangis sbb tak bagi main pintu. Apa rarrr




Memunggah barang2 dah!!

Afif Syahmi dah ready bila nampak sy pegang kamera


Monday, June 9, 2008

BRITA TERKINI TENTANG AFIF SYAHM1




Afif Syahmi sekarang dah pandai ngada-ngada taww dan buat2 manjanya...kdg2 nagis punya ler kuat macam terkena sesuatu @ sakit sgt sampai sy yg kat dapur menjadi pelari pecut ke ruang tamu @ bilik. Aduss rupa-rupanya takda apapun. Eeiii geram saya.Nak org melayan dia aja. Gigi afif syahmi dah tumbuh...sebatang kat bawah..Dan afif syahmi sekarang ni dia sedang try samaada nak merangkak atau duduk...Aritu dia try merangkak kemarin dia dah nak duduk. Hehe tentu comel klu dah leh duduk!! I'm still waiting for that.

Dinner

Acara makan-makan kat umah kita-dinner time

Bila: 7 Jun 2008

Peserta: Me, abah afif, abang sulung, muiz, mail & combek

Menu: Nasi putih, ikan siakap, daging masak merah, sambal dan ulam, telur, tomyam.

Ni makanan-makan malam tu.Sedap dan lazat..Berselera kami makan..
p/s: Sebenarnya semua tuh bukan saya yang masak. Abang ipar saya yg belikan. Saya cuma masak nasi jer. Eh bukan bermakna saya tak pandai masak taw. Saya baru pindah. So saya taktau kat mana belanga, periuk smua tu. Rumah sy berselerak lagi.Tapi sy dah janji ngan diorang next time, takyah beli2 tapau kat luar and makan kat umah. Sy jer yg masak klu diorang nak makan kat umah sy. Cuma please buat appoitment bih awal ok. At least sejam seblum dtg umah sy. Kalau tak dinner sy bagi makan nasi+sardin+telur.

Thank to my brother in low (paklong afif) kerana menaja dinner kami malam tu...Banyak gak abis erk!!

Saturday, June 7, 2008

KENDURI MASUK UMAH BARU

Tarikh: 6 Jun 2007

Tempat: No.100 Susur Bidara 9, Taman Desa Bidara.

Tetamu: 50 orang

Kenduri bacaan yasin sempena masuk umah baru. Haritu juga mama afif, abah afif & afif syahmi pindah..Bermulaler kehidupan baru kita bertiga. Ikutkan majlis dirancang nak dibuat tengahari. So dapatler jemput kawan2 lagi tapi disebabkan masalah tertentu (i don't want to say becausa sakit ati already, tapi sy dah abaikan benda tu) so kami buat sebelah malam. Thanks kepada husband sy kerana akhirnya merealisasikan impian sy untuk buat majlis makan2 tu.So sorry to my friend expecially joriah & atun coz takler dapat jemput korang (buat malam for sure korang tak datang kan).Takper..next time saya buat lagi acara makan2 k.

Menu utama malam tu: Nasi tomata, ayam masak merah, acar, dalca, tembikai, air oren & teh

Tima kasih banyak pada mak, kakak-kakak dan adik2 saya yang tolong masak.Next time kita pakai catering jer erk. So takdo penat2 kan!!

Tuesday, June 3, 2008

Kesah kawan saya

Tetiba sy rasa nak paparkan kesahni. Nama dan identiti dirahsiakan. Dia kawan lama sy masa sekolah rendah lu. Dah lama tak jumpa, so sekarang baru jumpa.Saya pun actually takler rapat sgt dulu ngan member sy ni. Tapi sejak akhirni dia slalu citer masalh dia ngan sy. Sy pun taktau ngapa setiap kali jumpa, kalau takda sesapa kat keliling kami (means kalau kami jer berdua,dia kan citer masalahnya ni. Saya ni dah jadi kaunselor pulak. Muka sy ni tempat pencerita masalah rumahtangga ker.Whatever ler...Tapi apapun mungkin dia rasa percaya kat sy kut @ dia dah takder sesapa nak citer.Hehe..
Dulu sy dah agak, dia ada masalah. Yer la....dok umah mak mertua. Bila dia citer kat sy baru sy tau. Betuller telahan sy selama ni. Kesian gak ngan dia.Masalahnya husband dia ni antara dua dilema. Mak mertua dia dah cakap tak bagi husband dia kuar dari umah tuh. Aduss dilema kan!
Saya apa yg buleh sy nasihatkan. Saya pun baru jer setahun setengah kawin.Setakatni sy takda ler dilema macam tu. Tapi sy akui, sypun kalau dok umah mak mertua..sy pun tak reti. Dok umah mak sy pun sy rasa tak selesa sgt sbb takda privacy. Saya pun kalau bab-bab lelakipun sy tak paham dan sukar mengerti. Saya rasa lain, org yang sama yg yang penah jadi boyfriend, tunang dan husband kita. Madsud sy perangai husband sy masa jadi tunang, boyfren dan suami lain. Betul kata Kak Sab masa bercinta lg best. Kak ina pulak cakap bila kita dah kawen baru kita tau perangai lelaki sebenar. Hehe...Saya pun kdg2 tak paham sgt ngan husband sy. Kekadang dia ler lelaki, hero sy, pejuang keamanan sy, suami yg caring dan yang terbest ler. Tapi kdg2 dia menjadi tidak normal...diam jer dan apa sy buat tak kena.. Agaknya di pihak husbandpun camtu gak kut kan. Mesti dia kata apsal bini aku tetiba normal, tetiba tak normal. Tah apa ler diorang dok kutuk pompuan kan. Tapi satu kesimpulan sy leh buat...dalam rumah tangga kita lebih banyak kena buat bodo, kalau sakit atipun buat2 tak sakit, kalau tak hepi buat2 hepi. Berlakon ler!!!Tapi kan ati sy ni lembut kalau sy nak marah sgt ngan husband sy, sy slalu teringat kesah sedih kami dulu2. Masa zaman kejatuhan sy lu...masa sy susah, masa sy tak dak duit, masa sy tak da keja, masa org tak pandang sy...sapa bersama sy? Husband sy juga kan...Uwaaa...sedih teringat tahun 2005!!
Berbalik kepada kawan sy tadi...sebenarnya sy kenal sgt ngan husband dia tu. Dulu penah keja sekali. Sebenarnya husband kawan sy tu bukannyer suka sgt ngan kawan sy tu mulanya. Dia berkenanpun lepas dia puas mencari calon lain dan pas kuarga dia yg suka ngan kawan sy. Sy pun taktau kawan sy ni tau ker dak tapi kawan sy ni memang beriya2 nakkan husband dia ni.Kdg2 sy pk macam perigi mencari timba. Eh betul ker simpulan bahasa aku ni.Betul kata org pompuan klu nak memilih jodoh biarler org tu yg tergila2 nakkan kita daripada kita yg tergila2 kan dia. Apapun sy harap kawan sy bahgia...sy hny nasihatkan dia...cariler umah lain. Berdikari. Saya tau husband dia tu sayangkan dia cuma dilema antara nak menjadi anak yg soleh dgn menjadi suami yg mithali.

Apa dan Mengapa?

4 Jun 2008 - Eh banyak ari juga saya tak submit something kat blog ni. Tapi satu kemestian tiap2 ari saya buka blog ni. Saya agak busy sikit dua, tiga arini. Semalam saya dah settle dan send trus report yg kTAK dan Warisan Global nak. So arini sy agak rileks.Tapi tengahari sikit sy nak siapkan blog untuk kelab usahawan PID. Maybe esok sy cuti. Saya nak bereskan keja kat umah baru kami. Maybe jumaat kami akan pindah. Maybe akan adakan sikit majlis. Yang ni sy blum decide ngan husband sy samaada nak buat atau tak. Actually minggu lepas kami dah decide nak buat ari jumaat tapi bila dia balik ari ahad ke kgnya, makpak dia lak kata ari jumaat tu nak antar duit hantaran adiknya. Saya cakap kan dah janji ngan sy, so sy taktau apa keputusan. Sy malas nak tanya dah. Kang terjadinya pergaduhan kecil. Nak jer sy cakap, kalau kuarga dia takda, kita go on jer.Tapi sy nak tengok jer jadi ker tak ari jumaat tu....ari jumaat tu ler ari paling elok dan sesuai. Saya bukan pentingkan diri sendiri but klu tak buat jumaatni bila lagi...
Perkembangan umah baru kami....
Disebabkan kami berdua sibuk, bila sy cuti husband sy tak dpt cuti so kami buat keja pelan-pelan. Cat 96% dah siap. Frame hanya 10% gantung kat dinding. Tikar getah lam bilik (bilik tak dak mozek) dah siap pasang semalam. Sampai kul 11.30 baru siap. Sampai afif syahmi tertido lam keta masa on the way nak balik umah mak sy. Perabot dan barang2 lum angkut. Esok kut smua tu...Langsir sedang dijahit oleh kakakku. Saya dah excited nak pindah!!