Sunday, June 15, 2008

BILA MINYAK NAIK

No komen. Nak komen lebih-lebih pun tetap naik jugak kan. Tapi sakit atiler..Sekarang ni belanja untuk minyak lam seminggu naik antara RM10-15. Tu sib baik saya pakai keta viva 1000cc. Laki sy cakap wira dia mmg makan minyak lagi kuat. Aduii semua naik. Kesian kan kat orang2 kg. Saya ni mujur ler ada gaji tetap. Tapi tetap terasa. Untuk mencover balik apa yg naik maka langkah2 belanjawan terpaksa ler sy mik...berjimat cermat ler. Maka takleh ler sy spend benda2 merapu sgt. Beli pun apa yg patut jer...aduiss kena pk kan sesuatu untuk tambah income supaya sy dapat sentiasa beli baju baru untuk sy, afifsyahmi..dan penting sy leh sentiasa gi cuti-cuti malaysia. Ya-Allah murahkanlah rezekiku!!

Rutin Hidup Ku

Bila saya dah kembali tinggal berasingan maka rutin hidup saya pun berubah. Setiap hari jadual sy pack. Balik keja trus menguruskan hal ehwal rumah tangga dan melayan si kecil sy, afif syahmi.Kalau masa anak dara dulu sy rasa balik jer sy trus melepak depan tv then malamnya pukul 10 sy dah pun tido. Anehnya masa tu rasa penat sangat. Tapi sekarang walau penat sy masih mampu mengemas, memasak, membasuh dan buat keja2 lain. Dulu sy selalu tabik mak sy sbb bila dia balik jer dari mengajar macam2 dia buat. Waktu tu, saya penah terfikir tak penatkah mak sy. Baru kini sy tau. Rupa2 nya bila kita jadi ibu smua keletihan tu ilang kerana anak kita...
Ni rutin hidup saya seharian:

6.30 pagi - Sy dah bangun. Kdg2 terlajak pukul 6.45. Sebab husband sy slalu tak kejutkan sy. Dia dah bangun awal2 lagi...tapi slalu jawab kesian nak kejutkan.Maka sy pun dengan cepatnya bangun mandi, sembahyang dan seterika baju. Ni ler feel sy yg tidak sepatutnya. Sepatutnya iron siap2 malam tadi. Tapi feel ni sejak dulu tak buleh sy ubah. Nasib baik hubby sy kdg2 jer klu ada majlis jer pakai kemeja hari lain banyak pakai t-shirt uniform.Pastu sy bersiap2. Yang ni mungkin kelebihan sy kut. Sy buleh bersiap dgn pantasnya.

7.15 pagi - Dah bertolak ke umah mak sy untuk hantar Afif Syahmi. Jarak ke umah mak sy lam 5-6 km. Lam 5 minit naik keta.

7.30 pagi - Saya dah bertolak ke ofis saya. 30 minit. Kadang2 rasa dah buhsan memandu.So saya buka radio kuat2. Saya suka dgr lagu kuat2 lam keta tapi takda ler smpai pecah telinga, sesuai dengan tahap pendengaran dan tidak menganggu konsentrasi pada pemanduan.

8.00 pagi - Dah samapi ofis sy. Selalu sampai jer opis pas letak jer barang2 sy, trus sy mik penyapu, sapu2 sampah. Then sy hadap pc, check email, buka akhbar online dan buka blog sy atau blog2 kegemaran sy. Pastu sy start le buat keja, mana patut. Kalau ada student sy mengajar, kalau takda buat keja lain. Sampai ler 5 ptg. Saya stop untuk makan dan gi masjid sembahyang.

5.00 ptg - Sy trus balik. Takda lengah2 masa sebab sy dah rindu anak sy. Saya trus ke umah mak sy untuk ambil anak sy. Hubby sy akan letak ketanya kat umah mak saya then kami balik umah kami guna keta saya.

6.00 ptg - Baru sampai umah. Seblum tu kami singgah beli makanan malam atau singgah kat minimarket untuk beli barang2 keperluan. Sampai kat umah kami makan. Then bermula ler tugas sy sebagai surirumah. Sy mengemas, membasuh, memasak, mandikan afif syahmi dan buat ler keja2 lain.

9.00 malam - Baru ada time nak rilek sikit sambil tgk tv sambil melayan afif syahmi.

11.00 malam - Tido. Seblum tu sy akan prepare air panas lam termos dan air masak untuk buatkan susu klu Afif Syahmi terjaga dan siapkan beg afif syahmi. Laptop sy, handbeg & beg afif syahmi sy dah letak siaa2 kat ruang tamu. Esok nak kuar trus jer amik.