Monday, October 20, 2008

Tak Sampai 2 bulan lagi

Tgk ni...baru tersedar tak sampai 2 bulan annivesary sy yg ke-2. Last year sy lum abis pantang so just simple celebrate. Tu pasal taun ni sy mcm hegeh2 skit nak sambut. Saya ingat nak cuti-cuti malaysia @ haneymoon ler. Saya dah angan2 nak ke Cameron Highland. Sy dah spend duit sebagai belanjawan. Tapi sy rasa impian sy tu terpaksa sy ubah sebab annivesary sy 17hb. Abang ipar sy (abang husband) sy kawin 21hb, 14hb tu bertandang ke umah pengantin pompuan. So sy dapat agak mesti impian tu tak kesampaian. Sy tahu mesti ms tu husband sy sibuk dan tak mungkin akan melayan kehendak sy ni. Sy pon taknak hegeh2 pujuk. Sebab sy dah berazam pasni sy malas nak jadi "isteri yg terlalu sentimental". Biar apa dia buat atas kerelaan dia.So tahun ni ms hari tu sy just akan wish kat husband sy..biarler bagi sy ingatan sudah cukup...duit tu sy leh simpan guna untuk yang lain....itukan bih baik..

Pak Cik Teksi Yang Pandai

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.
Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.
Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.
‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.
Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.
Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.
‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.
‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.
Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.

....................................................................................................
Seronok kan!Tiba2 sy pun rasa tergedik2 nak mik master...kalau lah sy ada banyak duit...dari 2003 hasrat sy ni terbantut..tapi sy akak pastikan sy dapat juga....Pakcik, tahniah yer...

Mana Ya...Dentist Clinic??


Saya nak gi jumpa dentist. Untuk "upgrade" kesihatan gigi2 sy. Kat mana erk klinik dr gigi (swasta) yg ok area2 Sungai Petani..org Kedah yg tahu please help me..

p:s: Atun and Jojo --Don't rekemen me Dr Asmar..i "shy-shy cat" to show my gigi to him..