Monday, October 13, 2008

Rasa nak jumpa dia....rindunyer....

Semalam kawan sy, Julia call. Bagitau dia masih rasa sakit2 akibat keguguran beberapa minggu lepas. Sebab masih tak smua kuar. Dia sgt risau sbb doktor dah suruh refer dr pakar.Saya pon taktau ms dia ngandung tapi lepas dia keguguran br dia bagitau. Tak silap ms gugur tu 3 minggu. Dia cakap maluler nak bagitau sbb anak dia br sebaya anak sy, setahun ler. Ada ker pulak malu. Bila dia call sy, something meresap dalam ati sy (cam ayat jiwang lak). Tetiba sy sgt rindu dgn dia. Last sy jumpa ms dia dtg melawat sy..tahun 2006. Dah lama..Saya lum penah nengok husband dia, album kawen dia & anak dia yg sebaya anak sy...Terus terang sy cakap sy sangat rindu dia...boleh ker ari sabtu ni sy turun ke Parit Buntar. Tak jauh sgt tapi kang nyusahkan dia pulak...
Julia ni kawan sy sejak matrik UUM lagi..
Kami roomate ms sem.2 matrik..
Kami masih rapat semasa degree...
Kebetulan course sama..
Ko-k pun sama..
Pas grade kami still berhubung..
Praktikum Bank Islam gak..
Tapi dia di P. Buntar, sy di Kulim..
Menariknya tentang kami..
Kami sama2 lahir bulan Mei..
Kenduri kahwin sama hari 23 Dis 2006..
Anak kami pon sebaya..
So sebab tu ler kami banyak..
Sharing2 masalah..
Kami sama tapi tak serupa
Takper la..walau jauh, tak bertentang mata...
Sy sentiasa doakan kebahagiaannya..
Semoga Allah memberkati kami...
Amin....

KURSUS AGAIN!

Pihak KTAK dan SKMM akan mengadakan Program Mybroadband Convergnce 2008 pada akhir Oktober 2008. Sukacita dimaklumkan, Penyelia/ Penolong Penyelia PID (salah seorang) dan wakil Komuniti (1 orang) telah dijemput untuk menghadiri Slot untuk persidangan khas untuk pembangunan telecenter pada 30 Oktober 2008.
Buka email morning2 hari ahad lepas dah ada mesej ni . Ada seminar lak di KLCC. Malasnyer....nak pi.Kemarin meeting sib baik assist sy sanggup nak pi. Wakilnya Timbalan Pengerusi SE Club kami.Lega...Tapi 30/10 hingga 1/11 sy ada kursus kat KL juga..Sib baik tak banyak ari. Kalau tak mau sy tak lalu makan nak tinggal budak kecikkk tuh..So sekarang sekarang sy sedang pk...nak pegi ngan apa? Malasnya nak naik bas.Naik flight? Tapi semalam husband sy ada cakap..tak por dia antarkan then dia gi Genting bercuti di sana. Bagus juga klu naik keta jer...Serius cakap..sy mmg malas nak naik bas...betul2 malas..Seblum ni sy sllau gi ngan liha balik pulau tapi dia dah resign...uwaa..sy kan sy rasa something missing bila liha tak da...huhuhu

Kenapa Saya Blogging

Kenapa saya blogging?
A. Nak update perkembangan anak dan aktiviti keluarga saya
B. Sebagai catatan kenangan untuk anak sy...Afif Syahmi
C. Medan sy menulis, bercerita...dan mengasah kreativiti
D. Tempat meluahkan perasaan terpendam
E. Kongsi pengalaman & mengikuti perkembangan member2 yg lain
F. Nak menunjuk
G. Syiok sendiri
H. Ikut orang, orang blogging, sy pun blogging

Jawapan saya ialah kesemua di atas kecuali F, G dan H

Kesimpulannya sy suka blogging...dulu friendster tapi kat friendster rasa terlalu "crouded" so sy beralih kepada blog....Blog pulak semakin ari semakin meriah dan semakin canggih.