Tuesday, June 3, 2008

Kesah kawan saya

Tetiba sy rasa nak paparkan kesahni. Nama dan identiti dirahsiakan. Dia kawan lama sy masa sekolah rendah lu. Dah lama tak jumpa, so sekarang baru jumpa.Saya pun actually takler rapat sgt dulu ngan member sy ni. Tapi sejak akhirni dia slalu citer masalh dia ngan sy. Sy pun taktau ngapa setiap kali jumpa, kalau takda sesapa kat keliling kami (means kalau kami jer berdua,dia kan citer masalahnya ni. Saya ni dah jadi kaunselor pulak. Muka sy ni tempat pencerita masalah rumahtangga ker.Whatever ler...Tapi apapun mungkin dia rasa percaya kat sy kut @ dia dah takder sesapa nak citer.Hehe..
Dulu sy dah agak, dia ada masalah. Yer la....dok umah mak mertua. Bila dia citer kat sy baru sy tau. Betuller telahan sy selama ni. Kesian gak ngan dia.Masalahnya husband dia ni antara dua dilema. Mak mertua dia dah cakap tak bagi husband dia kuar dari umah tuh. Aduss dilema kan!
Saya apa yg buleh sy nasihatkan. Saya pun baru jer setahun setengah kawin.Setakatni sy takda ler dilema macam tu. Tapi sy akui, sypun kalau dok umah mak mertua..sy pun tak reti. Dok umah mak sy pun sy rasa tak selesa sgt sbb takda privacy. Saya pun kalau bab-bab lelakipun sy tak paham dan sukar mengerti. Saya rasa lain, org yang sama yg yang penah jadi boyfriend, tunang dan husband kita. Madsud sy perangai husband sy masa jadi tunang, boyfren dan suami lain. Betul kata Kak Sab masa bercinta lg best. Kak ina pulak cakap bila kita dah kawen baru kita tau perangai lelaki sebenar. Hehe...Saya pun kdg2 tak paham sgt ngan husband sy. Kekadang dia ler lelaki, hero sy, pejuang keamanan sy, suami yg caring dan yang terbest ler. Tapi kdg2 dia menjadi tidak normal...diam jer dan apa sy buat tak kena.. Agaknya di pihak husbandpun camtu gak kut kan. Mesti dia kata apsal bini aku tetiba normal, tetiba tak normal. Tah apa ler diorang dok kutuk pompuan kan. Tapi satu kesimpulan sy leh buat...dalam rumah tangga kita lebih banyak kena buat bodo, kalau sakit atipun buat2 tak sakit, kalau tak hepi buat2 hepi. Berlakon ler!!!Tapi kan ati sy ni lembut kalau sy nak marah sgt ngan husband sy, sy slalu teringat kesah sedih kami dulu2. Masa zaman kejatuhan sy lu...masa sy susah, masa sy tak dak duit, masa sy tak da keja, masa org tak pandang sy...sapa bersama sy? Husband sy juga kan...Uwaaa...sedih teringat tahun 2005!!
Berbalik kepada kawan sy tadi...sebenarnya sy kenal sgt ngan husband dia tu. Dulu penah keja sekali. Sebenarnya husband kawan sy tu bukannyer suka sgt ngan kawan sy tu mulanya. Dia berkenanpun lepas dia puas mencari calon lain dan pas kuarga dia yg suka ngan kawan sy. Sy pun taktau kawan sy ni tau ker dak tapi kawan sy ni memang beriya2 nakkan husband dia ni.Kdg2 sy pk macam perigi mencari timba. Eh betul ker simpulan bahasa aku ni.Betul kata org pompuan klu nak memilih jodoh biarler org tu yg tergila2 nakkan kita daripada kita yg tergila2 kan dia. Apapun sy harap kawan sy bahgia...sy hny nasihatkan dia...cariler umah lain. Berdikari. Saya tau husband dia tu sayangkan dia cuma dilema antara nak menjadi anak yg soleh dgn menjadi suami yg mithali.

Apa dan Mengapa?

4 Jun 2008 - Eh banyak ari juga saya tak submit something kat blog ni. Tapi satu kemestian tiap2 ari saya buka blog ni. Saya agak busy sikit dua, tiga arini. Semalam saya dah settle dan send trus report yg kTAK dan Warisan Global nak. So arini sy agak rileks.Tapi tengahari sikit sy nak siapkan blog untuk kelab usahawan PID. Maybe esok sy cuti. Saya nak bereskan keja kat umah baru kami. Maybe jumaat kami akan pindah. Maybe akan adakan sikit majlis. Yang ni sy blum decide ngan husband sy samaada nak buat atau tak. Actually minggu lepas kami dah decide nak buat ari jumaat tapi bila dia balik ari ahad ke kgnya, makpak dia lak kata ari jumaat tu nak antar duit hantaran adiknya. Saya cakap kan dah janji ngan sy, so sy taktau apa keputusan. Sy malas nak tanya dah. Kang terjadinya pergaduhan kecil. Nak jer sy cakap, kalau kuarga dia takda, kita go on jer.Tapi sy nak tengok jer jadi ker tak ari jumaat tu....ari jumaat tu ler ari paling elok dan sesuai. Saya bukan pentingkan diri sendiri but klu tak buat jumaatni bila lagi...
Perkembangan umah baru kami....
Disebabkan kami berdua sibuk, bila sy cuti husband sy tak dpt cuti so kami buat keja pelan-pelan. Cat 96% dah siap. Frame hanya 10% gantung kat dinding. Tikar getah lam bilik (bilik tak dak mozek) dah siap pasang semalam. Sampai kul 11.30 baru siap. Sampai afif syahmi tertido lam keta masa on the way nak balik umah mak sy. Perabot dan barang2 lum angkut. Esok kut smua tu...Langsir sedang dijahit oleh kakakku. Saya dah excited nak pindah!!