Saturday, September 27, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya..Maafkan Saya




Di kesempatan ini sy nak ucapkan selamat hari raya..maaf zahir dan batin. Maaf kalau selama ni sy ada salah dan silap harap dimaapkan..Ditujukan teristimewa untuk:
  1. My Hero...Afif Syahmi...tahun ni 2nd kita sambut raya. Tapi ni 1st time coz tahun pas afif syahmi kecikkk lagi, dalam pantang. So tahun ni kita jalan2 ok...nanti mama kasi duit raya.
  2. My husband..minta maaf banyak2 klu ada (memang ada) salah dan silap.. Tahun ni tak antar kad raya pon?Duit raya ada? Hehe..dgn isteri jgn berkira okeh..hulur2 kan lah!!
  3. Semua family sy..
  4. Semua kawan2 yg mengikuti blog sy nih. Terima kasih krn mengikuti blog yg tak sberapa nya nih..maaf zahir batin
  5. Semua kawan2 yang mengenali sy...Raya datang ker umah..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin...Best, Best!

Happy Besday To U...Happy Besday To U


Dozen Roses Love Note
MySpaceMySpaceMySpaceMySpace

alahai tak leh cuti ler besday afif

Hari ni besday hero sy. Hehe dah pon setahun. Tak leh jalan lagi. Apa rar budak kecikk nihh. Sebenarnya harini sy sepatutnya cuti. Dah menjadi adat resam sy klu beSday sy, husband dan tentunya hero sy ni.. sy akan bercuti. Yelaa..besday setahun sekali so..buat per ms ari istimewa tu nak pk-pk pasal keja kan. Better dok umah dan klu "luck" skit gi makan angin/cuti2 malaysia.
Uwaa..sedih rasanya arini sy sepatutnya cuti. Minggu pas sy dah bagitau kat assist sy, sy akan cuti. So arini sy dah plan ngan adik nak gi shopping dan ada ler something nak bli untuk afif syahmi. But malam tadi sy dapat call/sms assist sy tak leh keja. Isyhh mau jer rasa cam nak tutup jer ofis arini tapi...mana buleh. So tak per la sy datang keja gak. Nanti malam masih ada untuk sy celebrate. Lagipun besday buleh sambut sebulan (aku tak kira, nih aku punyer adat resam), anggapler macam raya..kan sebulan!!
Malasnya nak buat keja. Lagipun sekarang org smua sedang mood raya la....Apa rar nak sy buat sebelum smpai masa nak balik nanti...k sepatutnya sy keja but stat esok sy dah nak cuti raya. Ganti arini...Semangat dan mood ry sy kembali berkobar-kobar!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 24, 2008

Lagi 3 hari..


Lagi 3 hari jer besday afif syahmi. Wahhh afif syahmi dah nak setahun.D ah besar hero sy nih. Sebenarnya ikut plan sbg kenangan besday yg pertama sy nak buat kenduri tapi sy rasa sy batalkan jerk niat tuh.Insya-Allah lain kali. Mungkin sekadar sambutan dalam family. Apa sy nak buat yer. Sy dah serik nak buat kenduri sbb sy tau teruk sy plan2 tautau tak jadi. Adaler hamba Allah tuh mesti klu tak cukup corumn sanggup cancel majlis org. Sy cukup geram klu apa yg sy plan dirosakkan. Ikut tu sy tak kesah ttg sapa nak dtg, taknak dtg. Sy dah simpan duit khas untuk buat besday party afif syahmi so sy leh upah catering tapi memandangkan besday jatuh pada 28 hari pose then pastu raya maybe org sibuk kan nak beraya..
Apa2 pun dalam sehari dua ni sy ligat berpk apa ler sy nak buat sempena meraikan besday buah ati sy even tak da besday party.Apa yarrr....

Geram, sedih, kecewa...

Lagi 5 ari nak raya. Tapi ini sy tak excited nak raya mcm ari-ari yg lepas2. Semua perasaan sy bercampur-kecewa, sedih, geram, terkilan...

SALAHKAH SY SEANDAINYA SY MENCERITAKAN KEBENARAN DAN MEMBUAT LUAHAN PERASAAN?? SALAHKAH?

Tapi niat sy disalahertikan. Lalu kepada siapa harus sy ceritakan?Mula ler sy rasa mcm nak nangis. Tringat pada kwn2 yg dulu boleh berkongsi rasa dan duka.Tapi mereka smua tu dah jauh dari sy...

Adakah sy perlu membela seekor kucing...supaya sy buleh cerita ttg smua masalah sy pada kucing....

Tuesday, September 23, 2008

RASA NAK TERGELAK

Semalam husband sy call "mama, abah nak report polis". Saya ingat sebab apa. Ingatkan pasal bebudak kat taman yg main mercun sampai tak ingat dunia tuh. " Blog mama ada kutuk2" (sambil gelak2). Cis aku ingat apa. So sy pun jawab ler " Aikhh ni blog sy ler, suka ler sy nak tulis apa, kalau naik mahkamah pun blum tentu abah menang". "Itu orang lain ler, jgn ler abah terasa"..sy pon jawab sambil gelak2.
Owhh husband sy slalu juga mengskodeng blog sy.Hehe. Alah mana sy ada kutuk dia pun. Itu kutuk orang lain ler...Hehe..Tapi smua tuh buat sy tersenyum...dan rasa nak tergelak pon ada! Sy jerk yg tahu mengapa dan kenapa...
Sy taktau ngapa smalam husband sy baik teramat dgn sy.Kerana dapat bonus ker, atau krn blog sy? Ptg smalam husband sy 1st time masak. Masak nasi tomato. Sedappp!!Alangkah bahagianyer klu setiap hari keja memasak ni diserahkan kepada org lelaki...tapi mau sedap ler..Sebab semakin nak abis pose, sy dah tak tau nak masak apa..

Monday, September 22, 2008

PUASA

Arini dah 23 hb September 2008. Lagi seminggu nak raya. Cepat kan puasa..Bestnyer nak raya. Hehe...Puasa tahun nih...Kalau ikut kan ni kali ke-2 sy berpuasa ngan husband tapi memandangkan tahun lepas masa bulan puasa 15 ari terawal sy tgh sarat mengandung, 15 ari terakhir pulak lam pantang so bulan puasa tahun pas sy bih banyak terpk dan berdebar2 nak bersalin. Kalau lam kepala org len pk nak makan per, nak gi bazar ramadhan, nak bli baju raya, biskut raya dan macam2 lagik, tapi lam kepala sy nih masa tu pk ttg nak beranak jer. Huhh detik2 yg cukup mencabar minda, jiwa dan raga. 16 Ramadhan tahun pas sy berjaya gak bersalin...Cepat masa berlalu baby sy dah nak setahun...
Berbuka puasa berdua takda ler banyak beza nya sy rasa. Balik pejabat pukul 4.30 smpai umah sy sendiri dah dekat pukul 6.00. Hanya sempat masa nasi. Kalau terajin teramat sy akan masak satu jenis lauk.Yang lain semua beli kat PARAM (Pasar Ramadhan). Ari cuti jer sy masak lauk. Sonok gak bila time berpuasa memasak nih.
Setiap jumaat kami balik kg mertua, berbuka kat sn. Nih sebenarnya sy yg syorkan kat husband sbb sy tau dia mmg suka kalau dapat berbuka dgn family dia. {{Baik jugak aku kan!!. Kalau laki aku tak hargai mmg ler tak patut!! Raya ni pulak sy sambut kan sn gak dulu. Ni pun atas permintaan sy. tak da undi2. {{Apsal aku baik sgt nih!! Teramat hairan dgn diriku sendiri.....

Saturday, September 20, 2008

AFIF SYAHMI 11 BULAN

Aihkk jgn makan kertas!Excited tima kad raya tuh
Masa 11 bulan nih, afif syahmi:

  • ingatkan dah buleh berjalan tapi tak lagi. Berat sgt budak tembam nih.
  • makin aktif dan cergas.
  • mulutnya bising. Entah apa yg dicakapkan lam bahasa dia.
  • kalau org kasi duit cepat2 ambik. mak oii, dah kenai itu duit yer kamu. Nanti besar jgn mata duitan nak yer tapi pandi cari duit k.
  • dah ada 6 batang gigi.
    Bila nak berjalan nih sayang..tak sabar nak tengok piqmi terkedek2 jalan.hehe

Tuesday, September 16, 2008

Hidangan Paling Saya Suka

Biskut sy suka


Yang ni teramat suka

Memandangkan tahun lepas sy tak dapat nak beraya pasal masa tuh br 16 hr lam pantang. Ya-Allah terliur sy tengok rendang, biskut raya sedap2. Masa tuh geram nak makan tapi memandangkan kn jaga diri, pendam jer la niat tuh. Tahun ni sy nak "qada" balik. Tiap tahun kami akan buat biskut raya ramai2 adik bradik kami but krn nak "mengqada" sy jg tempah. Mula2 nak tempah dgn mak kawan tapi tak buat tahun ni. Sin baik mak kawan adik sy nak trima lagi tempahan.... adu tak sabar nak tunggu raya!

Monday, September 15, 2008

I'm Can't Be Perfect


Sebenarnya byk benda yg sy nak tulis tapi taktau camner nak tulis. Arini jiwa saya ala-ala sentimental+kacau skit. Arini sy nak tulis tentang ragam orang yg buat sy terpikir tentang banyaknya karenah manusia.


Ragam 1:

Kadang2 saya jadi tak paham, sesangat tak paham dengan "someone" nih. Saya sekadar berterus terang, luahkan apa terbuku kat dada tapi maybe dia takleh trima. Saya cuba mengambil ati tapi "pengambilan ati" sy buat sy yg terluka. So sy decide..ah lantakler!!Tapi bulehker sy mengabaikan orang yg dekat dengan sy. Uhhh susah juga.Saya akan cuba....


Ragam2:

* Hang ni kontrak jer ker? *Nanti kena buang, baik cari keja lain.* Tak terjamin kan, pilihler keja yg menjamin masa depan.

Tu antara ayat2 yg sy trima. Saya hny tersenyum tapi ati sy sedikit tersentuh. Bukan sensitif tapi lam ati ada gak jawab "yang sibuk pasal aku pesal". Saya tak paham org2 yg bertanya tu cemburu, dengki atau betul-betul ambil berat tentang sy. Saya terpikir, selama ni sy tak penah kacau hidup org, tak penah mintak duit org even makpak sy dan laki sy sendirik. Betul tak pernah! Apa yg sy nak sy beli sendirik taww.Kalau nak apa2 sy akan dapatkan sendirik, takda sy merengek2 mintak duit husband sy. Bukan nak kata sy baik tapi selagi sy mampu cari rezeki sendiri dgn tulang empat kerat sy ni (aku rasa mcm aku keja sawah padi pulak, hehe) sy tak minta duit org. Alhamdulilah sejak sy keja Kontrak ni, sy dah mampu beli keta sendirik, umah sendiri dan ada ler duit sikit2 lam bank tuh (ni bukan nak riak okeh). So sy tak mintak duit org kan!Tak kan!

Pasal sy kontrak tuh..ni idup sy. Saya bahagia dengan kerjaya nih.Kalau ler kementerian nak stop/ tutup pid nipun sy sentiasa think positif. Rezeki ada di mana-mana dan sy percaya sesuatu yg telah ditakdirkan kepada kita ada hikmah tersendiri.


Ragam3:

Sy berniat murni dan ikhlas. Sempena bulan yg mulia nih sy ada ler bagi hadiah kat beberapa org. Sonok ati sy bila pemberian sy tuh diterima dengan senyum lebar oleh si penerima. Walaupun tak seberapa harganya, at least sy tau pemberian sy tuh dihargai.Tapi sorang ni sy dengan penuh ikhlasnya beri, ni jawapan. "Eh dah banyak dah dalam almari tuh, tak buat-buat lagi, tak payahler". Banyak kali ulang, 3x sy rasa.Mcm tak ikhlas trima. Lam ati terpk klu seloripun tak payah ler kata mcm tuh. Kecik ati sy..sekecik-keciknya.



Macam2 kan karenah. Ni kadang2 buat sy terpk... Tak payah jaga ati orang, jaga ati sendirik sudah..Apa-apapun sy sentiasa bersyukur dengan apa yang sy ada, walau "i'm can't be perfect"

Sunday, September 14, 2008

Pelangi Petang




~~Apa ler mama aku sedang buat tuh?~~

Petang sabtu (13 Sept.2008) Saja saya ambil picture nih sambil nak tunggu masuk waktu berbuka. Kami baru balik dr econsave SP. Tetiba husband sy ajak gi jalan2. Rajin pulak arini. Petang aritu gelab jerk macam nak ujan tapi ada cahaya panas sikit2. Pandang ke langit nampak pelangi. Saya trus masuk mik kamera. Dari kecik sy suka tengok pelangi. Bagi sy something yg amat menarik dan berikan seribu satu keamanan di lubuk ati.
Orang tua2 dulu pesan masa kecik2 lu, jangan tunjuk pelangi jgn jari nanti kudung jari. Tapi sy tak ikut pon. Masa kecik2 lu nampak jer pelangi sy tujuk jer ngan jari, tak kudung pon. Apsal ler org tua2 pesan camtu..apa madsud tersurat dan tersirat. Owhh tak paham!!

Saturday, September 13, 2008

AFIF SYAHMI 10 BULAN



tunjuk gigi...nih hah

Afif Syahmi dah 10 bulan...28 Julai 2008. Masa umur 10 bulan Afif Syahmi
  • dah buleh duduk.
  • berdiri2 kat kusyen/sofa buleh ler.
  • gigi dah 5 batang
  • kalau tnya sapa nama afif syahmi, dah pandai angkat tangan
  • tanya mana gigi...mulaler tersengih
  • makin aktif. dah terer panjat tangga umah mak sy. sofa jhn cerita ler...takleh leka
  • kalau dengar org azan, baca quran dia pun mula nak ikut lam bahasa dia...

AFIF DEMAM

Ni delay entry..
Balik dari bercuti dari klantan aritu..esoknya afif kurang sihat. selsema dan batuk. Maybe berjangkit dari kami, seblum tuh abahnya batuk then sy. Pastu pulak maybe perjalanan jauh kut. Kesian anak aku. Tu ler gatal lagi nak gi bercuti. Bila minum susu batuk so muntah balik. Pastu dia nangis ler.Ubat dah bli tapi susah mau sembuh. Aritu 26 hb (selasa) sy balik lambat sbb lawatan warisan global ke PID. 6.30 baru sampai umah. Bila sampai, mak cakap afif syahmi seharian taknak duduk, buat prangai jer..adus kesiannya. Kesian anak sy, kesian mak sy. Abahnya pulak balik lambat gak. So pukul 7, bila husband sampai umah kami trus bawa afif gi SP. Budak kecik ni kalau sakit musti kena bawa gi Klinik Pakar Kanak2. Mak aii org punya ramai sbb klinik Dr Cp Oii tutup ari slasa. So smua serbu Dr Hachandran. Buleh dikatakan budak2 selsema, batuk & demam. Maybe musim ku. Lama gak nuggu. Sib baik afif syahmi tak buat prangai..Sbb dia leka tgk budak2. Tapi time doktor check meraung bukan main. Penakut jumpa doktor, ciss apa ler hero nih. Balik malam tuh bagi ubat alhamdulilah esoknya dah ok..Anak sy berlagak kan...mesti kena gi Klinik Pakar klu sakit.Sib baik abah leh claim...

Wednesday, September 10, 2008

Entahler

Saya interview kpli semalam (10 hb September 2008). Entahler apa perasaan sy. Macam rojak sy rasa. Belum tahu keputusan, saya dah keliru. Dapat pun susah tak dapat susah...Kalau dapat, mampukah sy berjauhan dengan anak sy, menghadap buku & kuliah kembali dan menjadi seorang guru. Bolehkah sy menjadi guru? Kalau tidak dapat..terjaminkah di PID. arghhh...Saya malas pk sekarang. Januari keputusan kuar baru sy buleh pk... Tunggu dan lihat saja lorrr....Sekarang sy hanya mau hati sy tenang..macam bayang bunga nih....ok ler tuh!!

Selamat Berpuasa



Datang lagi Ramadhan...tahun lepas sy masih ingat sy sedang sarat mengadung,.Huh berdebar2..Kan first time. Tahun nih..saya nak raya puas2. Tahun pas takleh raya.Tapi baju raya sy dah takleh tempah. Smua tukang jahit taknak. Ni ler silap sy..dah bli brapa pasang kain tapi tak gatal gi tempah awal2 sapa suruh. Biskut raya pun taktau nak tempah ngan sapa..Mengapa begitu kelamkabutnya aku???

Sudah lama ya...

MySpace


Dah pon 11 hb...Lama nya saya tak updateg blogni. Rindu saya.Last updated 27hb. Dah 2 minggu. Rindu sy. Yeahh sejak ada ramai kawan cyber nih sy memang "giler-blogging". Dulu actually sy buat blog ni just for my son and me tapi rupa2 nya banyak juga yg mengikuti blog ni. Hehe..malu sy.Perper pun thanks kepada mereka2 yg menjadi pengikut blog ni. Maaf ramai tetanya2 mana sy pegi 2 minggu nih...Nih urutan kesahnya...
26 hb Ogos - ada lawatan dari Warisan Global (konsultan kementerian) ke PID. So seblum tuh agak sibuk sy buat persediaan.
31 hb Ogos - Cuti Sempena Kemerdekaan.
1 Sept - Cuti sanbut Ramadhan
10 Sept - Ada interview KPLI.
Pastu dari 1 hb hingga pagi tadi strymyx kami kena blog.Sebabnya. Hanya sapa yg keja PID jerk tau.Uwaaaa...tu ler alasan paling utama sy tak blogging. Wayerless kat kawasan umah sy lak sekarang dah takda...Banyak citer sy sebenarnya...Huh patah kaki bila dtg opis internet tak da. Opis sy sunyi sepi ler..Perpun blum terlambat kiranya sy nak ucapakan selamat berpuasa. Raya nanti datang ler umah saya. Hehe!!!

MySpace