Showing posts with label CETUSAN HATIKU. Show all posts
Showing posts with label CETUSAN HATIKU. Show all posts

Monday, September 15, 2008

I'm Can't Be Perfect


Sebenarnya byk benda yg sy nak tulis tapi taktau camner nak tulis. Arini jiwa saya ala-ala sentimental+kacau skit. Arini sy nak tulis tentang ragam orang yg buat sy terpikir tentang banyaknya karenah manusia.


Ragam 1:

Kadang2 saya jadi tak paham, sesangat tak paham dengan "someone" nih. Saya sekadar berterus terang, luahkan apa terbuku kat dada tapi maybe dia takleh trima. Saya cuba mengambil ati tapi "pengambilan ati" sy buat sy yg terluka. So sy decide..ah lantakler!!Tapi bulehker sy mengabaikan orang yg dekat dengan sy. Uhhh susah juga.Saya akan cuba....


Ragam2:

* Hang ni kontrak jer ker? *Nanti kena buang, baik cari keja lain.* Tak terjamin kan, pilihler keja yg menjamin masa depan.

Tu antara ayat2 yg sy trima. Saya hny tersenyum tapi ati sy sedikit tersentuh. Bukan sensitif tapi lam ati ada gak jawab "yang sibuk pasal aku pesal". Saya tak paham org2 yg bertanya tu cemburu, dengki atau betul-betul ambil berat tentang sy. Saya terpikir, selama ni sy tak penah kacau hidup org, tak penah mintak duit org even makpak sy dan laki sy sendirik. Betul tak pernah! Apa yg sy nak sy beli sendirik taww.Kalau nak apa2 sy akan dapatkan sendirik, takda sy merengek2 mintak duit husband sy. Bukan nak kata sy baik tapi selagi sy mampu cari rezeki sendiri dgn tulang empat kerat sy ni (aku rasa mcm aku keja sawah padi pulak, hehe) sy tak minta duit org. Alhamdulilah sejak sy keja Kontrak ni, sy dah mampu beli keta sendirik, umah sendiri dan ada ler duit sikit2 lam bank tuh (ni bukan nak riak okeh). So sy tak mintak duit org kan!Tak kan!

Pasal sy kontrak tuh..ni idup sy. Saya bahagia dengan kerjaya nih.Kalau ler kementerian nak stop/ tutup pid nipun sy sentiasa think positif. Rezeki ada di mana-mana dan sy percaya sesuatu yg telah ditakdirkan kepada kita ada hikmah tersendiri.


Ragam3:

Sy berniat murni dan ikhlas. Sempena bulan yg mulia nih sy ada ler bagi hadiah kat beberapa org. Sonok ati sy bila pemberian sy tuh diterima dengan senyum lebar oleh si penerima. Walaupun tak seberapa harganya, at least sy tau pemberian sy tuh dihargai.Tapi sorang ni sy dengan penuh ikhlasnya beri, ni jawapan. "Eh dah banyak dah dalam almari tuh, tak buat-buat lagi, tak payahler". Banyak kali ulang, 3x sy rasa.Mcm tak ikhlas trima. Lam ati terpk klu seloripun tak payah ler kata mcm tuh. Kecik ati sy..sekecik-keciknya.



Macam2 kan karenah. Ni kadang2 buat sy terpk... Tak payah jaga ati orang, jaga ati sendirik sudah..Apa-apapun sy sentiasa bersyukur dengan apa yang sy ada, walau "i'm can't be perfect"

Wednesday, September 10, 2008

Entahler

Saya interview kpli semalam (10 hb September 2008). Entahler apa perasaan sy. Macam rojak sy rasa. Belum tahu keputusan, saya dah keliru. Dapat pun susah tak dapat susah...Kalau dapat, mampukah sy berjauhan dengan anak sy, menghadap buku & kuliah kembali dan menjadi seorang guru. Bolehkah sy menjadi guru? Kalau tidak dapat..terjaminkah di PID. arghhh...Saya malas pk sekarang. Januari keputusan kuar baru sy buleh pk... Tunggu dan lihat saja lorrr....Sekarang sy hanya mau hati sy tenang..macam bayang bunga nih....ok ler tuh!!

Tuesday, June 3, 2008

Kesah kawan saya

Tetiba sy rasa nak paparkan kesahni. Nama dan identiti dirahsiakan. Dia kawan lama sy masa sekolah rendah lu. Dah lama tak jumpa, so sekarang baru jumpa.Saya pun actually takler rapat sgt dulu ngan member sy ni. Tapi sejak akhirni dia slalu citer masalh dia ngan sy. Sy pun taktau ngapa setiap kali jumpa, kalau takda sesapa kat keliling kami (means kalau kami jer berdua,dia kan citer masalahnya ni. Saya ni dah jadi kaunselor pulak. Muka sy ni tempat pencerita masalah rumahtangga ker.Whatever ler...Tapi apapun mungkin dia rasa percaya kat sy kut @ dia dah takder sesapa nak citer.Hehe..
Dulu sy dah agak, dia ada masalah. Yer la....dok umah mak mertua. Bila dia citer kat sy baru sy tau. Betuller telahan sy selama ni. Kesian gak ngan dia.Masalahnya husband dia ni antara dua dilema. Mak mertua dia dah cakap tak bagi husband dia kuar dari umah tuh. Aduss dilema kan!
Saya apa yg buleh sy nasihatkan. Saya pun baru jer setahun setengah kawin.Setakatni sy takda ler dilema macam tu. Tapi sy akui, sypun kalau dok umah mak mertua..sy pun tak reti. Dok umah mak sy pun sy rasa tak selesa sgt sbb takda privacy. Saya pun kalau bab-bab lelakipun sy tak paham dan sukar mengerti. Saya rasa lain, org yang sama yg yang penah jadi boyfriend, tunang dan husband kita. Madsud sy perangai husband sy masa jadi tunang, boyfren dan suami lain. Betul kata Kak Sab masa bercinta lg best. Kak ina pulak cakap bila kita dah kawen baru kita tau perangai lelaki sebenar. Hehe...Saya pun kdg2 tak paham sgt ngan husband sy. Kekadang dia ler lelaki, hero sy, pejuang keamanan sy, suami yg caring dan yang terbest ler. Tapi kdg2 dia menjadi tidak normal...diam jer dan apa sy buat tak kena.. Agaknya di pihak husbandpun camtu gak kut kan. Mesti dia kata apsal bini aku tetiba normal, tetiba tak normal. Tah apa ler diorang dok kutuk pompuan kan. Tapi satu kesimpulan sy leh buat...dalam rumah tangga kita lebih banyak kena buat bodo, kalau sakit atipun buat2 tak sakit, kalau tak hepi buat2 hepi. Berlakon ler!!!Tapi kan ati sy ni lembut kalau sy nak marah sgt ngan husband sy, sy slalu teringat kesah sedih kami dulu2. Masa zaman kejatuhan sy lu...masa sy susah, masa sy tak dak duit, masa sy tak da keja, masa org tak pandang sy...sapa bersama sy? Husband sy juga kan...Uwaaa...sedih teringat tahun 2005!!
Berbalik kepada kawan sy tadi...sebenarnya sy kenal sgt ngan husband dia tu. Dulu penah keja sekali. Sebenarnya husband kawan sy tu bukannyer suka sgt ngan kawan sy tu mulanya. Dia berkenanpun lepas dia puas mencari calon lain dan pas kuarga dia yg suka ngan kawan sy. Sy pun taktau kawan sy ni tau ker dak tapi kawan sy ni memang beriya2 nakkan husband dia ni.Kdg2 sy pk macam perigi mencari timba. Eh betul ker simpulan bahasa aku ni.Betul kata org pompuan klu nak memilih jodoh biarler org tu yg tergila2 nakkan kita daripada kita yg tergila2 kan dia. Apapun sy harap kawan sy bahgia...sy hny nasihatkan dia...cariler umah lain. Berdikari. Saya tau husband dia tu sayangkan dia cuma dilema antara nak menjadi anak yg soleh dgn menjadi suami yg mithali.

Apa dan Mengapa?

4 Jun 2008 - Eh banyak ari juga saya tak submit something kat blog ni. Tapi satu kemestian tiap2 ari saya buka blog ni. Saya agak busy sikit dua, tiga arini. Semalam saya dah settle dan send trus report yg kTAK dan Warisan Global nak. So arini sy agak rileks.Tapi tengahari sikit sy nak siapkan blog untuk kelab usahawan PID. Maybe esok sy cuti. Saya nak bereskan keja kat umah baru kami. Maybe jumaat kami akan pindah. Maybe akan adakan sikit majlis. Yang ni sy blum decide ngan husband sy samaada nak buat atau tak. Actually minggu lepas kami dah decide nak buat ari jumaat tapi bila dia balik ari ahad ke kgnya, makpak dia lak kata ari jumaat tu nak antar duit hantaran adiknya. Saya cakap kan dah janji ngan sy, so sy taktau apa keputusan. Sy malas nak tanya dah. Kang terjadinya pergaduhan kecil. Nak jer sy cakap, kalau kuarga dia takda, kita go on jer.Tapi sy nak tengok jer jadi ker tak ari jumaat tu....ari jumaat tu ler ari paling elok dan sesuai. Saya bukan pentingkan diri sendiri but klu tak buat jumaatni bila lagi...
Perkembangan umah baru kami....
Disebabkan kami berdua sibuk, bila sy cuti husband sy tak dpt cuti so kami buat keja pelan-pelan. Cat 96% dah siap. Frame hanya 10% gantung kat dinding. Tikar getah lam bilik (bilik tak dak mozek) dah siap pasang semalam. Sampai kul 11.30 baru siap. Sampai afif syahmi tertido lam keta masa on the way nak balik umah mak sy. Perabot dan barang2 lum angkut. Esok kut smua tu...Langsir sedang dijahit oleh kakakku. Saya dah excited nak pindah!!

Sunday, May 25, 2008

Apa, Kenapa dan Mengapa....

20 MEI 2008-Morning2 saya dah call En Mokhtar pejabat lawyer. Saya memang mempunyai harapan yg tinggi umah proses umah sy dah settle.Yeahh..sy dapat berita yg menggembirakan...kunci dah dapat. Mean sy dah leh masuk umah baru. Horeyyyy...Saya rasa kan diorang ni kena kejan2 sikit. Saya rasa maybe diorang ni rolling duit kami dulu ni macam bos JAC kau bt dulu. Per2 pun yg tu lantakler..penting....aku dah leh pindah bulanni. Ptg tu pas balik keja aku trus ke umah baru kami. Makaiii...berabuknyer. Malamnyer sy asyik terbayang macamner nak decorate sy punya rumah...cat warna apa, tema apa, susunatur dan lagi...dan lagi...
24 MEI 2008 - Again!! Mtest KPLI. Ni dah 5 kali saya mtest. Kalau budak dah leh masuk tadika tapi saya tak leh gak masuk maktab. Aduss kebalnyer....Permohonan dah 7 kali. Sejak sy grad tahun 2002 tu every year dy mintak. This year apapun aku tak baca. Semangat aku lebih kepada nak masuk umah baru. Jumaat tu sy sibuk gi shopping lampu, basuh umah, so tak sempat sy nak menelaah untuk m-test. Lagipun sy mempunyai strong reason..sy MALAS.
Apa saya minta setiap tahun untuk KPLI?
  • 2002-Perdagangan
  • 2003-Matematik (yg ni dapat interview)
  • 2004-Kemahiran hidup
  • 2005 - Matematik (aku rasa)
  • 2006 (kh kut)
  • 2007 - Pemulihan Khas
  • 2008-Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    Tahun ni arap-arap sy dapat. Mulanya sy tak brapa arap sgt. Tapi kalau dapat alhamdulillah.Sebab tetiba sy rasa sy nak bertukar arah dari kerjaya sy sekarang. Sy ada banyak sebab mengapa dan kenapa. Bila sy dapat kpli dan kuar dari pejabat ni..baru buleh kuciterkan.

Bila nak masuk umah baru?

Perkembangan terkini..Setakat ari ahad kami dah cat ruang tamu. Letrik, air dah ada.Ptgni pas balik keja cat ruang tamu dan kalau sempat...bilik. Warna kami pilih sy rasa dah ok.Sebarang komen tidak dilayan. Hehe. Sy dah agak sapa yg akan komen dan cakap pandai...Bila bercakap pasal org yg bercakap pandai padahal tak pandai ni...sy ada bengang ngan satu mamatni..Dari dulu aku mmg bengang nagn dia. Walaupun dia cuba buat baik dan aku pada zahirnya ok jer ngan dia sebenarnya dalah ati aku ni nyampah sgt2. Owhh mungkin org cakap tak baik. Aku tau tapi aku mmg anti sikit kat dia sbb dulu dia selalu "memperkotakkatikkan" aku dan slalu buat berlagak pandai. Bukan aku sorang tak suka dia, org lain pun cakap benda yg sama. Aku tgk sekarang Tuhan dah bagi balasan. Tu ler...selalu mik tau hal org, slalu berlagak cakap pandai.Ahhh lantak ko ler...nanti ko tahu ler langit tu tinggi rendah.Arghh buat abis karen pk pasal org ni...baik aku pk nak kemaskini keja aku, anak aku, sediakan belanjawan untuk umah baru dan lain-lain ttg idup aku.....Sekarang aku rasa aku malas mik tahu hal org. Lantak ler...Yang penting aku nak cari duit banyak2...nak bagi baby aku senang, husband aku leh continue degree dia then aku nak sambung master. Tu citer2 aku.So pedulikkan mereka2 yg takda kepentingan lam idup aku!!!

Tuesday, March 11, 2008

LUAHAN HATIKU...BILA LER NAK MASUK UMAH BARU

Ni ler umah baru kita Afif Syahmi...
Bulan Mac 2008. Kita masih tak dapat-dapat lagi kunci umah. Dah contek pejabat lawyer. Cik Mokhtar kata masih pending kat Duti Setem. Bayangkan nak buat adjudication dah submint dari 8 Januari sampai sekarang tak dapat2 lagi. Tak ker giler namanya (sori dah lama aku bersabar). Alasan diorang tak cukup kakitangan. Leh terima ker? Kalau tak cukup kakitangan amik jer ler pekerja,banyak org tak keja lagi kan. Takleh tima ler alasan tu. Bayangkan duit lawyer RM 5+++ dah husbandku yang tersayang settle sekalugus. Duit baki 10% RM 9+++ (bank just kasi 90% loan) telah juga husbandku tercinta settle awal2 lagi. Harapan kami bila settle awal2 perjalanan proses umah kami dapat cepat. Tau2 duti setem buat keja lambat. Akupun penah keja lawyer company..tauler proses2 tuh. Ikut tu Februari 2008 lawyer cakap dah dapat..Ni dah berapa lama dari tarikh SNP sain.
Umah dah siap, duit dah settlle..kunci lum dapat. Aku dah tak sabar nak dok umah baru. Dah nak masuk 6 bulan numpang kat umah mak ayah aku. Aku pun fikir juga..kesian husbandku .Memang ler kat umah mak ayah takder sapa. Cuma tinggal abangku yang masih taknak kawin-kawin lagi tuh. Husbandku tu pun tak kesah dok ngan familyku. Tapi sampai bila. Nak ler berdikari, nak ler privacy. Pastu kuarga mertuaku pun mesti nak datang melawat cucu.Kalau dok umah sendiri aku rasa mesti slalu diorang datang melawat afif syahmi. Akupun tak perlu ler slalu balik kampung sana (hehe!!bukan per bosanler kat sana..takder geng..husbandku semua lelaki).
Akuni dah plan macam2 nak decorate umah baru tuh!Nak buat ituler, iniler...Tapi harapan tinggal harapan...Wahai duti setem..tolongler buat cepat sikit kerja..Cik Mokhtar tolongler push sikit diorang...korang masa nak duit cepat erk!dah tu aku bagi sekaligus tau!!Aku arap bulan depan aku dapat masuk dah umah baru. At least besday aku (15 Mei) buleh kusambut kat umah baru...Ya-Allah tolong ler bukakan ati mereka2 yang me"pending"kan proses umah ku supaya buat kerja cepat2. Aminnn...