Showing posts with label KESAH AFIF SYAHMI. Show all posts
Showing posts with label KESAH AFIF SYAHMI. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Tepukan Untuk Afif Syahmi

Semalam (rabu) sy cuti. Sebab nak ke klinik untuk suntikan setahun afif syahmi..Sebenarnya 28/9 aritu kn pegi tapi masa tuh kan nak raya. patu sy sengaja melambat2kan.Tapi lambat skit pon takper...Sebenarnya kan sy ni penakut jarum. Betol. Masih sy ingat masa pregnant lu...slalu kena cucuk. Mak aii takutnya. Sebenarnya bukan sakit tapi "seriau". Bila time anak sy kn cucuk sy pulak rasa seriau sma. Kesian smua ada padahal tu untuk kesihatan. So bila kena afif syahmi kena cucuk sy just dok kat luar. Mak sy yang pegangkan....
Yahhh...sebagai seorang ibu sy begitu bangga dengan anak sy. Afif Syahmi dah semakin smarter dan friendly (maaf sesiapa yg membaca, sy mau perasan kejab!!). Semalam kat klinik, jumpa saja budak2 kecik dia akan tegur dan senyum. Kalau ngan nurse pon, dia panggil dan senyum. So sweet. Bila nak balik tak nyempat sy suruh, dia dah lambai tangan. Yang paling best cucuk dia tak nagis pon. Alhamdulillah tak demam. Sekarang dengan org lain pun dia dah tak "perak"cam lu...Dia dah friendly...Apa sy ajar dia dah buleh buat. Eh lagi satu bahaya, dia mudah meniru apa saja org lain buat. Saya rs anak sy mcm dah 1 tahun setengah sama mcm sepupunya (sy mau perasan lagik!!)..
Berat terkini afif syahmi - 10.9 kg.Normal kata nurse. Very ok sbb graf pertumbuhannya naik secara elok.

Tuesday, August 5, 2008

Satu Hari Yang Cukup Mencemaskan.,...


Aritu jumaat 18 julai kenduri umah mak ngah (kakak sy). Ptg tu my husband perasan pipi afif syahmi bengkak. So kami trus gi klinik dr azhar kat sg lalang sbb yg terdekat dah tutup coz cuti jumaat. On the way sy dah risau takut gak...pastu sy bertambah2 risau bile doktor cakap kena bawa gi spital kad kecemasan.. Maybe kn tahan wad.Kami trus ke hospital. Dekat dah nak sampai spital kakak aniza sy call cakap balik lu coz klu gi hospital mmg kena tahan wad. Ari jumaat doktor pun tak da.Kami patah balik ke bkt slambau ke umah kak aziah sy.Mak ikut kami balik dan tinggalkan kenduri sbb takut afif merengek. So malam tu kami bermalam di umah mak sy. Sib baik afif syahmi tak meragam, macam biasa, nagis pun tak. Malam tu sy tido lam kerisauan dan harapan sy keajaiban terjadi..esok bengkak surut. Malam tu ayah buat air penawar. Esoknya bila bangun bengkak lum surut. Sy makin risau. dah ler isnin nak kn gi kursus di Sepang.
Pagi tu kami (sy, husband, mak sy)ke SP untuk ke klinik pakar. Owhh Dc. Hacandran tutup lak. Aduiii. Sy call kak aniza tny mana lagi pakar kanak2 kat sp. So dia bagitau CP.OOI.Kami ke klinik tu...doktor lum sampai lak. Kena tunggu sejam lagi. So balik ke umah kak aniza jab kat bandar perdana, sp.
Kul 11 bih kami ke klinik semula. Aghh tunggu lagi. Sampai giliran afif syahmi meraung sakan. Dia kan tak suka orang usik2 dia. Doktor cakap...jangkitan kuman atau bekuan darah. Klau bengkak tak surut juga mungkin barah atau tibi. Aduss takutnyer sy. Lam ati arap2 tiada per berlaku. At least surut sikitpun takper....sy cuba pk benda positif. Hari sabtu disebabkan bimbang teramat ditambah rasa sedih nak tinggal afif ke sepang....Malamtu sy nangis.sy tak lalu makan nasi sehari .Sy solat hajat dan baca yasin sentiasa. Sy takut teramat..ye la,..sekarang macam2 berlaku kat budak2.Esoknya ahad makin surut...Sy agak lega..Afif Syahmipun mcm biasa...tak nagis atau meragam. Buas macam biasa...Alhamdulilal 2,3 ari pastu (semasa lam kursus) bengkak dah ilang smua).Banyak yang sy pelajari dari dugaan ini. Dan sy sebenarnya terlalu teramat sayang afif syahmi.
Terima kasih kepada mereka yg mendoakan afif syahmi..dan dr CP OOI....ubat sungguh berkesan dgn izin Allah.
Saya nak mik insurans untuk anak sy,,,,premium setiap bulan biarler yg sy mampu...,apa erk...saper2 yg baca blog ni boleh bagi cadangan???